Kandungan bahan yang digunakan dalam pembuatan sosej berkenaan tidak dinyatakan pada produk tersebut, namun semakan kepada makna perkataan Chorizo berkenaan jelas menyatakan ianya adalah Sosej Babi. Rupanya sepertimana Sosej biasa yang terdapat di pasaran tetapi berwarna sedikit cerah berbanding sosej daging lembu.
Diharap orang ramai terutamanya penggemar sosej perlu lebih berhati-hati berkenaan isu Halal Haram ini yang boleh disalahgunakan pelbagai pihak demi menjana keuntungan tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna terutamanya yang beragama Islam. Mohon siasatan dan pemantauan pihak JAKIM berkenaan isu Sosej Chorizo ini agar menghuraikan kekeliruan orang ramai disamping menjaga kredibiliti pihak JAKIM sebagai satu-satu badan yang mengiktiraf logo Produk Halal di Malaysia.
"Chorizo is a term encompassing several types of PORK SAUSAGE originating from the Iberian Peninsula ".
- Wikipedia
No comments:
Post a Comment