BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, March 14, 2014

FARRELL STEAK HOUSE- BANGI GATEWAY

Yuhanis dengan menu yang dihidangkan di Farrell Steak House.

MELANGKAH ke Farrell Steak House di Kompleks Beli-belah, Bangi Gateway, penulis disambut dengan keramahan pemiliknya Yuhanis Mohd Yusoff yang sentiasa tersenyum menyambut pelanggan yang datang.
Hiasan dalaman yang ringkas dengan warna ceria memberikan suasana tenang kepada pelanggan ditambah dengan pelbagai menu makanan Barat boleh dipilih.
Walaupun baharu dibuka tidak sampai sebulan, tetapi Farell Steak House telah mempunyai pelanggan tetap yang gemarkan Farell Steak Combo, Mixed Steak, Chicken Maryland, Farrell Special Steak, Chicken Cordon Bleu with Cheese dan Sirloin Steak.
Bagi menambah selera, pelanggan boleh mencuba ais kisar durian belanda, ais kisar mangga, air bandung serta jus epal ditambah asam boi.
Apa kata cuba Chicken Cordon Bleu with Cheese yang penuh dengan keju di dalamnya yang rangup di luar tetapi berkrim di dalamnya. Tentu saja tidak dapat dilepaskan.
Yuhanis berkata, pihaknya sentiasa komited memberikan yang terbaik bagi pelanggan terutama harga yang mampu tetapi tanpa berkompromi dengan mutunya.
Walaupun masih baru, usahawan wanita ini telah bercadang menambah beberapa menu lagi bagi menepati kehendak pelanggan terutama kanak-kanak.
“Dalam menu baru nanti kami akan menambah beberapa menu khusus bagi menepati cita rasa kanak-kanak," kata graduan Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi dan pentadbiran.
Daripada permintaan pelanggan yang gemarkan sos stik dan sos lada hitam buatan sendiri, Yuhanis bercadang untuk membotolkan dan menjualnya di restorannya.
Malah Yuhanis juga telah merancang untuk membuka dua cawangan lain di Johor Bahru dan Muar dengan bantuan ahli keluarganya di sana.
Restoran yang boleh memuatkan 80 orang pelanggan dalam satu-satu masa ini bersedia menerima tempahan bagi pelbagai majlis.


No comments:

Post a Comment