BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Wednesday, March 12, 2014

PUNCAK PANORAMA CAFE-KUALA TERENGGANU

PELANGGAN kafe tidak melepaskan peluang bergambar berlatarbelakangkan bandar raya Kuala Terengganu.

JIKA sesekali ingin mencari kelainan suasana sambil menikmati juadah di sekitar pusat bandar raya Kuala Terengganu, Puncak Panorama Cafe tentunya pilihan yang tidak mengecewakan, malah mengajak anda untuk datang lagi.
Mula beroperasi beberapa bulan lalu dan belum diketahui ramai, restoran yang letaknya di kawasan paling tinggi di bandar raya ini berdiri megah dalam persekitaran yang indah, sunyi dan nyaman.
Malah ia menjanjikan pengalaman menjamu selera sambil menikmati panorama indah waktu malam di sekitar bandar raya ini. Ternyata suasana lebih mengasyikkan menjelang waktu senja dan malam.
Terletak kira-kira 800 meter dari paras laut dan agak tersorok, restoran yang diusahakan oleh Mokhtar Ngah, 61, itu memberi pilihan kepada kita untuk menikmati juadah di ruang berhawa dingin atau ruang terbuka bersama hembusan bayu laut.
Rohana Ngah, 49, yang mengurus restoran yang disewa dengan kadar RM5,000 sebulan itu memberitahu, buat permulaan operasi bermula dari pukul 4 petang hingga 12 malam.
Menurut Rohana, selain ruang makan, pihaknya turut menyediakan rungan rehat termasuk pusat karaoke keluarga di bahagian atas restoran.

Chicken Chop
“Memang saya dan abang (Mokhtar) ada rancangan untuk melakukan beberapa penambahbaikann termasuk membina penginapan di sini. Namun, semua itu masih di peringkat rancangan," katanya kepada S2.
Puncak Panorama Cafe menyajikan hidangan panas termasuk stimbot dan makanan tempatan seperti nasi goreng dan mi pada harga berpatutan.
Antara hidangan paling popular di kafe ini adalah Panorama Chicken Chop, Beef Steak Panorama dan lamb chop yang dijual pada harga antara RM15 hingga ke RM20 untuk setiap set.
“Setakat ini, sambutan yang kita terima semakin menggalakkan, khususnya setiap malam minggu. Pelanggan kami terdiri daripada daripada orang perseorangan, keluarga dan berkumpulan,’’ ujarnya.
Restoran ini menerima pelbagai tempahan untuk mengadakan jamuan hari jadi, majlis perkahwinan, jamuan perpisahan dan sebagainya, selain dijadikan sasaran penggambaran foto dan video.
Ketika ini, Puncak Panorama Cafe memiliki 10 kakitangan termasuk kakitangan sambilan dan jumlah itu dijangka ditingkatkan sejajar dengan perkembangan perniagaan.

No comments:

Post a Comment