MENGHIDANGKAN pelbagai makanan fusion iaitu gabungan makanan barat dan tempatan, Cheritera Cafe ternyata memenuhi cita rasa pelanggan.
Menurut pemiliknya, Haslinda Rahman, 37, dia dan suaminya, Agus Sany Ahmad, 38, memanfaatkan teknologi masa kini seperti Facebook dan Instagram untuk mengambil tempahan makanan.
“Boleh dikatakan 90 peratus tempahan yang diterima adalah melalui online. Kita menggunakan kaedah itu kerana lebih mudah dan menyenangkan pelanggan untuk memilih menu dan membuat tempahan.
“Menu juga tidak tetap kerana pelanggan boleh membuat pilihan mengikut bajet mereka termasuk yang berharga serendah RM10 untuk seorang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Haslinda, suaminya juga merupakan cef yang bertanggungjawab menyediakan makanan di kafe tersebut.
Selain itu, beliau berkata, kafe itu akan dibuka kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal bagi memastikan makanan yang disediakan sentiasa segar.
“Bagi memudahkan pelanggan, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke pintu rumah atau pejabat mereka,” ujarnya.
Antara menu yang disediakan termasuklah ketam berempah, chicken parmaggiano ala’ato with safron potato dan wrappped beef shabushabu with asparagus.
Hidangan lain ialah asam pedas Mak Mina, ketam bunga masam manis pedas dan masak lemak tulang rusuk.
Merupakan pengusaha katering tetap bagi syarikat Shell Malaysia, kafe tersebut terletak di tingkat bawah bangunan Universiti Utara Malaysia kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru.
Untuk sebarang tempahan boleh hubungi Haslinda di talian 017-3389865 atau layari Facebook atau Instagram Cheritera Cafe.
No comments:
Post a Comment