KUALA LUMPUR - Fasa pertama Desaru Coast di Johor dijangka menarik sejuta pengunjung dan mewujudkan lebih 3,500 pekerjaan dalam lima tahun pertama pelancarannya.
Pembangunan Desaru Coast dilaksanakan oleh Destination Resorts and Hotels (DRH) dan bakal menjadi destinasi percutian utama. Ia dibangunkan dalam tiga peringkat; yang pertama disasarkan siap menjelang 2015.
DRH, sebuah anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, ditubuhkan tahun lepas untuk menjadi pemangkin bagi pembangunan resort destinasi percutian utama dan bersepadu di Malaysia, terutamanya dalam pasaran perjalanan mewah.
Pada satu taklimat media di sini hari ini, Pengarah Urusan DRH, Nadziruddin Basri, berkata resort destinasi akan memperkenal standard baharu dalam industri dengan objektif meningkatkan ketibaan pelancong, dan melanjutkan tempoh penginapan mereka, sekali gus meningkatkan pendapatan daripada pelancongan.
DRH juga menandatangani pinjaman pembiayaan berjumlah RM600 juta dengan Malayan Banking Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd hari ini bagi pembangunan fasa satu Desaru Coast.
Desaru Development Holdings One Sdn Bhd (DH1) akan menjadi jentera operasi Perbadanan Pembangunan Desaru (DDC), sebuah usaha sama antara Bagan Cerah Sdn Bhd dan Perbadanan Darul Takzim, masing-masing dengan pegangan saham 70 peratus dan 30 peratus.
DRH memiliki 70 peratus kepentingan dalam Bagan Cerah.
Desaru Coast yang terbentang di atas kawasan seluas 1,580 hektar (3,900 ekar) dan pinggiran pantai sepanjang 17 kilometer itu terletak di lokasi strategik di pantai timur Johor dan dengan perhubungan mudah ke negara jiran,
Singapura dan Indonesia melalui darat, udara atau laut.
Singapura dan Indonesia melalui darat, udara atau laut.
No comments:
Post a Comment