BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, December 4, 2012

KL BURGER BAKAR BUKA OUTLET DI BUKIT INDAH



NUSAJAYA 4 Dis. - Francais burger bakar nombor satu di Malaysia, KL Burger Bakar (KLBB) hari ini mengumumkan akan memberikan 1,000 burger percuma sempena pembukaan outlet ke-31 di Bukit Indah, di sini, bermula pukul 6 petang hari Khamis.
Pemilik jenama KLBB, Jumsani Mohd. Halime berkata, pemberian berkenaan adalah hadiah buat pelanggan yang meminati produk keluarannya, sekali gus menyokong perniagaan tersebut yang baharu sahaja bertapak hampir setahun itu.
"Walaupun baru setahun, alhamdulillah perniagaan KLBB ini berkembang maju dan telah pun dibuka secara francais di 32 buah lokasi, yang mana paling baru adalah di Rawang, Selangor.
"Selain sebagai hadiah, langkah ini diharap mampu memberi impak dari aspek promosi berkaitan pembukaan outlet KLBB Bukit Indah ini ke pengetahuan umum terutamanya penduduk berhampiran dan bandar raya Johor Bahru," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Jumsani, KLBB yang menggunakan judul-judul filem Melayu tempatan itu dijual antara RM7 hingga RM20 dan yang paling mendapat perhatian ialah KL Drift yang menampilkan daging burger dihias cantik dengan kepingan keju serta daging salai.
Dalam pada itu, jelas beliau, setiap pelanggan yang mahu menikmati hidangan lazat itu perlulah membawa bersama dua keratan masthead akhbar Utusan Malaysia atau Kosmo! keluaran 6 Disember.
"Tidak kisah sama ada satu masthead Utusan Malaysia dan satu lagi masthead Kosmo! atau kedua-duanya masthead Utusan Malaysia atau Kosmo!.
"Paling penting, mesti ada dua keratan masthead tersebut untuk ditukar dengan satu burger bakar," katanya.
Justeru, menurut beliau, penggemar burger bakar boleh mengunjungi outlet terbaharu KLBB itu yang terletak sederet dengan Bank RHB dan Bank Alliance Cawangan Bukit Indah untuk merebut 1,000 burger yang bakal diagihkan.

No comments:

Post a Comment