BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, December 15, 2012

RESTORAN JUAADAHS, SEKSYEN 13 SHAH ALAM



Hidangan bertaraf lima bintang
Chef Loong
Hidangan bertaraf lima bintang
Manggo Sago Lo
Hidangan bertaraf lima bintang
Asam steam fish
Hidangan bertaraf lima bintang
Welt butter chicken
Hidangan bertaraf lima bintang
Lotus pancake
Hidangan bertaraf lima bintang
Kailan dua rasa









































































Menikmati hidangan cukup mudah. Makan sahaja apa yang dihidangkan di depan mata. Namun untuk mencari kenikmatan hidangan agak sukar kerana ia hanya ada dalam sajian yang terbaik sahaja.

Jika anda berada di sekitar Shah Alam atau berhampiran dengannya, apa kata anda mencuba hidangan di Restoran Juaadahs yang menyajikan hidangan Cina Muslim.

Tipikal sememangnya memberitahu, hidangan Cina Muslim biasa-biasa sahaja. Tetapi di Restoran Juaadahs, anda dapat menikmati rasa yang luar biasa meskipun ia sajian Cina Muslim.

Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Restoran Juaadahs menyajikan hidangan biasa dengan rasa yang luar biasa.

Pertama kali mengunjungi restoran ini atas ajakan teman sepejabat. Penulis menikmati bihun tomyam seafood. Seakan tidak percaya, restoran Cina Muslim boleh menyajikan menu ini dengan rasanya yang setanding restoran masakan Thai. Mungkin lebih bagus.

Petang itu juga, penulis menghubungi Chef Loong yang merupakan orang kuat Restoran Juaadahs ini untuk mengatur sesi fotografi ruangan ini.

Lebih 100 pilihan hidangan

Chef Loong, 52, atau nama asalnya Soon Ching Meng menyambut mesra kedatangan penulis dan jurugambar.

Menurutnya, restoran ini baru dibuka pada April lalu dan sambutannya amat menggalakkan.

“Pada waktu makan tengah hari, restoran ini agak sibuk sedikit dan dipenuhi pelanggan berbanding waktu lain,” katanya.

Dengan lebih 100 pilihan hidangan terutamanya masakan Cina, kini masyakat Islam boleh menikmati hidangan kaum Tiong Hwa itu tanpa ragu-ragu.

Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah marmite chicken yang mempunyai rasa manis dan beraroma wangi yang terhasil daripada penggunaan marmite sauce.

“Bijian bijan goreng ditabur di atasnya untuk memberi kelainan pada marmite chicken," katanya.

Beliau berkata, pilihan lain bagi menu ayam adalah welt butter chicken.

“Apabila welt butter chicken menjengah ke dalam mulut, anda dapat rasai keenakannya. Ia mempunyai rasa kari, sedikit pedas dan berlemak.

 “Restoran ini tidak menggunakan santan dalam hidangan namun menggantikannya dengan susu cair untuk lebih kenikmatan,” katanya.

Bagi penggemar ikan, anda boleh mencuba asam steam fish. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahukan ikan siakap, kerapu atau ikan merah.

Sewaktu penulis membuat sesi fotografi ini, Chef Loong memilih ikan siakap untuk kami cuba. Rasanya cukup lembut. Apa yang penting, anda tidak perlu risaukan mengenai tulangnya kerana ia telah dibuang terlebih dahulu sebelum dimasak.

“Dengan limpahan sos asam jawa dan pelbagai bahan lain, ia menjadikan hidangan anda cukup sempurna terutamanya pada waktu tengah hari,” katanya.

Sedapnya Manggo Sago Lo!

Telur masin cukup sebati dengan masyarakat Cina. Bukan sahaja untuk dimakan begitu saja, namun turut digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa.

Restoran Juaqdahs menawarkan pilihan salted egg soft crab atau salted egg squid.

“Kedua menu ini mempunyai rasa yang sama. Telur masin kuning dihancurkan terlebih dahulu sebelum digoreng bersama sotong dan ketam.

“Walau bagaimanapun ramai pelanggan lebih menggemari sotong berbanding ketam,” katanya.

Jika di restoran lain, sayur kailan akan dimasak bersama ikan masin, namun di sini, Restoran Juadaahs menawarkan menu kailan dua rasa.

“Batang akan dimasak bersama bawang putih manakala daunnya akan digoreng sehingga rangup sebelum ditaburi dengan ikan bilis halus untuk melengkapkan aromanya,” katanya.

Untuk pencuci mulut, anda boleh memesan Manggo Sago Lo yang tidak mengecewakan.

“Buah mangga masak ranum akan dikisar bersama ais, manakala potongan mangga akan diletakkan ke atas sagu. Ia sememangnya sangat digemari pelanggan,” katanya.

Bagi memilih minuman, anda boleh mencuba laici kang yang dapat membantu menurunkan suhu badan ataupun rebina special.

“Kesemua item tersebut adalah kegemaran pelanggan Restoran Juaadahs,” katanya.

Setimpal dengan harga

Chef Loong berkata, setiap pesanan akan sampai tidak kurang daripada 15 minit kepada pelanggan.

“Kami tidak mahu pelanggan menunggu lama sehingga mengganggu selera untuk menikmati hidangan,” katanya.

Dibantu oleh lima orang di dapur, jadi, tidak hairanlah jika pesanan cepat sampai ke meja anda.

Menurutnya, setiap resipi dihasilkan oleh beliau sendiri dan adakalanya bersama pengurusan serta pembantunya.

“Jika ada terdengar mengenai masakan baru, saya pasti akan mencubanya sehingga ia boleh ditawarkan kepada pelanggan restoran ini,” katanya.

Untuk mendapatkan maklum balas, Chef Loong akan memastikan setiap kakitangan terutama pelayan restoran bertanyakan hal tersebut terus daripada pelanggan.

“Apabila pelanggan hendak membayar, pelayan akan merisik mengenai hidangan yang dinikmati.

“Setakat ini maklum balas pelanggan sangat baik. Mereka berpuas hati makanan yang dinikmati berbaloi dengan harga,” katanya.


-Terletak berdekatan dengan Tesco Extra Seksyen 13, Shah Alam.

-Dibuka setiap hari bermula jam 10.30 pagi sehingga 10 malam pada hari bekerja dan 11 pagi sehingga 11 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

-Boleh memuatkan sehingga 150 orang pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment