BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Wednesday, March 14, 2012

NASI MANDI KAMBING RESTORAN HADRAMAUT AL-AZIZIA

Mutawwif Uztaz Abu Bakar Watak dakwa harganya setiap tahun naik

Nasi lembab, dagingpun lembab tapi rasanya mantap !

Daging Kambing yang baru dikeluarkan selepas sejam dipanggang dalam "dapur lubang tanah"

Rahsia sedap masakan..dapur lubang tanah.

Dapur lubang tanah..bersusun sejajar 10 biji.

Nasi Mandi..juga dimasak di dalam dapur lubang tanah berserta kambing yang dipanggang di atasnya.

Ruang makan berhawa dingin..pemuda Arab paling kanan makan 2 kali kapasiti kami makan bertiga.

Ruang makan utama di tengah-tengah restoran.

Restoran Hadramaut Al-Azizia..15 km dari kota Mekah

Fenomena "Nasi mandi" yang kian menjadi buah mulut, cukup meruntun teman menjejaki menu padang pasir ini sewaktu menunaikan Umrah  Febuari lalu.Masakan tidak, hidangan-hidangan hotel hasil air tangan Katerer Melayu Pattani itu telah teman anggap streotype dan adakalanya sekadar pelengkap syarat, lantas di suatu malam Ahad 26/2 teman melebar langkah bersama Ustaz Abu Bakar Watak."Di mana Nasi Mandi paling sedap di Mekah ?". Mutawwif teman yang serba berpengalaman itu bingkas melambai teksi Camry, berunding untuk SAR 20 sehala, agaknya beliau pernah pergi ?.Kemana ? "Hadmaut Al-Azizia", ringkas jawap beliau.


Hadramaut Al-Azizia restorannya besar tapi ringkas, lokasi lebih kurang 15km atau 20 minit dari kota Mekah.Ruang makannya sepi daripada kerusi meja, menjadikan ruang utamanya terserlah lapang.Hanya satu pilihan yang ada, makan bersila di atas lantai.Tambah eksklusif, sudut berhawa dingin beralas karpet ada disediakan tetapi bersila tetap bersila.Nasi Mandi Kambing SAR 50 untuk seorang makanpun disaji ringkas, hanya nasi bertatah daging kambing semata-mata, aksesorinya pula sambal dan susu masam yang tidak langsung teman jamah.Nasi Mandi yang dihidang panas-panas pada teman cukup lembut lagi gebu ala-ala tisu, tiada aroma rempah keterlaluan, tiada fizikal rempah kelihatan.Daging kambing yang dipanggang lembab, terpalit aroma "arang" di dalamnya tetapi cukup mesra hinggakan bahagian lemakpun sayang untuk dibuang.Pun tidak terasa rempah berlebihan, tampak "raw" seolah-olah hanya sebatian garam yang digunakan sebagai perencah.


Puas menjamu selera, hidangan 2 orang skala Arab tetapi dimakan bertiga orang skala Asia Tenggara masih menjanjikan lebihan "tapau" untuk dikongsi dengan kawan-kawan jemaah lain.Teringat..ketika asyik bersantap, ada pelayan menghantar ke sebelah kami sedulang Nasi Mandi Kambing yang kapasiti 2 kali ganda dulang kami.Kalau kami makan bertiga, fikir teman dulang sebelah mestilah paling kurang berlima kalau tidak berenam.Meleset..dari mula sampai licin habis, hanya seorang pemuda Arab setia di situ ! Pukulan Hadramaut Al-Azizia..tak pasti, bakal jumpakah teman Nasi Mandi sesedap ini di Malaysia..

2 comments:

  1. sy pun baru balik dari sana...x jumpa lak mat'am nie...bagus gak klu cuba makan nasi arab nie... jemu lak balik2 makan paprik...pattaya.... tomyam... sana sini semuanya manjang ala-ala siam je....

    ReplyDelete
  2. Bleh cuba nasi daging unta n kambing mmg sedap harga berpatutan sr121 bleh mkn 3 hgga 4 org

    ReplyDelete