BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Wednesday, March 14, 2012

PELOPOR KAPSUL HALAL TEMPATAN

KHANDAR Shah Abdul Razak (dua dari kanan) berbincang dengan kakitangannya mengenai kapsul yang dihasilkan kilangnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam. 


NASMIR Hard Gelatin Capsules Sdn Bhd, syarikat pembekal, pengedar dan pengeksport kelongsong kapsul kosong gelatin halal Bumiputera menyasarkan pengeluaran antara 40 dan 50 juta kapsul sehari menjelang 2013 apabila semua mesin pemprosesannya beroperasi sepenuhnya.
Ketika ini, syarikat yang beroperasi di Seberang Jaya, Pulau Pinang itu mengeluarkan 10 juta kapsul sehari melalui tiga mesin utama dan apabila sembilan lagi mesin diterima secara berperingkat sehingga 2013, sasaran itu mampu dicapai.

Pengarah Urusannya, Kadhar Shah Abdul Razak berkata, apabila 12 mesin beroperasi sepenuhnya, pihaknya menyasarkan dapat memenuhi 50 peratus pasaran tempatan dan eksport.


Ketika ini, katanya, kilang itu mengeksport 30 peratus produk berkenaan manakala 70 peratus lagi untuk pasaran tempatan.

“Selain pasaran tempatan, kapsul halal ini dieksport ke Afrika Selatan, Bangladesh, Dubai, India, Jordan dan Indonesia dan apabila semua mesin diterima, pengeluaran akan meningkat sekali gus dapat memenuhi permintaan tempatan dan eksport termasuk ke Eropah,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian kilang yang dilakukan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, kelmarin.


Kadhar Shah berkata, teknologi mesin untuk penghasilan kapsul berkenaan adalah dari India dan Jerman, malah pihaknya turut mengambil pakar dari sana, selain menghantar kakitangan syarikat menjalani latihan di negara berkenaan.



Katanya, syarikat melabur RM15 juta untuk membuka kilang berkenaan termasuk menggaji 120 kakitangan mahir dan separa mahir.

Menurutnya, bahan mentah untuk sarung kapsul berkenaan ialah gelatin yang dihasilkan daripada tulang lembu yang disembelih mengikut hukum syarak dan dijamin halal.


“Produk ini sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan potensinya cukup luas.

“Syarikat turut mengedarkan pelbagai saiz sarung kapsul kosong iaitu dari kosong hingga ke saiz empat dan mempunyai 5,400 jenis warna bagi memudahkan pelanggan,” katanya.

No comments:

Post a Comment