Pada masa ini, mereka terpaksa menggunakan persimpangan di Taman Megah sejauh kira-kira 1.5 kilometer jika hendak ke Jalan Alsagoff yang tentu memberi kesulitan terutama pada waktu puncak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong berkata, selain penduduk, turut terjejas dengan sistem lampu isyarat tersebut adalah enam peniaga di kawasan tersebut.
Menurutnya, penduduk yang terjejas ialah mereka yang tinggal di Lorong Gudawara, Lorong Syukur, Lorong Bahagia dan Lorong Aman yang terpaksa menggunakan laluan jauh sekiranya ingin ke Jalan Alsagoff.
"Anggaran kos yang diperlukan bagi mengubah semula sistem lampu isyarat di Persimpangan Parit Semerah adalah sebanyak RM60,000 daripada tiga laluan kepada empat laluan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Siew Kiong berkata, beberapa agensi dan jabatan kerajaan telah membuat kajian kesesuaian perubahan sistem lampu isyarat tersebut termasuk pihak polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Pontian (MDP).
Beliau berkata, sistem lampu isyarat sedia ada itu mula beroperasi setelah siap laluan empat lorong ke bandar Pontian yang bermula dari Pontian Besar sehingga ke Batu 34 Jalan Johor Bahru-Pontian, lima tahun yang lalu.
Sementara itu wakil peniaga, Baby Ng, 49, memberitahu, enam kedai yang terjejas adalah dua kedai runcit, manakala selebihnya kedai mengisar rempah, membaiki pendingin hawa, menjual peralatan pertanian dan bengkel besi.
Menurutnya, kebanyakan pelanggan membatalkan hasrat untuk singgah ke kedai berkenaan kerana terpaksa berpusing jauh sekiranya ingin keluar sama ada ke Jalan Alsagoff mahupun untuk ke Jalan Parit Semerah.
"Mereka yang datang dari arah Benut pula bimbang akan disaman memandangkan telah dipasang tanda dilarang membuat pusingan U di kawasan persimpangan tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment