BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, August 14, 2012

PASAR SELASA TARIKAN BARU


Pasar Selasa tarikan baru
Pelbagai jenis tudung boleh didapati di Pasar Selasa dengan tawaran harga yang menarik.
PONTIAN - Jika di Kedah, pasar Rabu cukup dikenali tetapi di Pekan Nenas, Pontian, Johor,  lain pula ceritanya, Pasar Selasa kini dilihat menjadi tarikan terbaru.
Pasar yang hanya dibuka pada Selasa ini, dikenali sebagai pasar tudung dalam kalangan penduduk setempat kerana kebanyakan jualan di situ adalah hijab untuk Muslimah.
Pelbagai jenis tudung, baju Melayu, baju kurung, aksesori tudung dan songkok untuk pelbagai peringkat usia dari kanak-kanak sehingga dewasa boleh didapati dengan mudah, di situ.

Mula dibuka kira-kira dua tahun lalu, lokasinya yang terletak di tengah Pekan Nenas, bersebelahan Masjid Jamek Pekan, amat mudah dikunjungi.
Pasar yang dianggap sebagai syurga membeli belah itu, dibuka setiap Selasa antara jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari sepanjang tahun.
Bagi umat Islam yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk mencari pakaian dan tudung pada harga yang cukup murah.

Sesak menjelang Aidilfitri
Suasana pasar yang melibatkan hampir 100 peniaga yang kebanyakannya menjual beraneka jenis tudung, bertambah meriah setiap kali tibanya Aidilfitri.
Tinjauan yang dilakukan Sinar Harian ke pasar itu, baru-baru ini, mendapati kalangan pembeli baik yang sudah berkeluarga mahupun bujang sibuk menawar harga bagi mendapatkan jual beli yang terbaik.
Suasana pasar juga sudah mulai sesak sebaik sahaja ia dibuka dengan orang ramai berpusu-pusu mendapatkan barang keperluan untuk Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.
Peniaga juga tidak ketinggalan menjalankan promosi bagi melariskan barang yang dijual dengan mengadakan jualan barang secara borong.
Pekikan lantang peniaga membuat promosi barang yang dijual dengan memberikan harga yang cukup menarik menggamatkan lagi suasana pasar.
Tidak cukup dengan itu, pakej pemberian barang percuma bagi setiap barang yang dibeli turut ditawarkan, yang pastinya akan membuatkan orang rambang mata untuk membuat pilihan.
Pendek kata, pembeli perlu bijak tawar menawar bagi mendapatkan harga yang terbaik bagi tudung mahupun pakaian yang dibeli.

Lokasi strategik

Bukan hanya penduduk setempat mengunjungi Pasar Selasa ini, malah pengunjung dari sekitar Johor Bahru juga tidak ketinggalan mengunjungi pasar ini.
Beberapa peniaga yang ditemui berkata, Pasar Selasa mula menjadi tumpuan orang ramai sejak awal Ramadan lagi.Malah, bilangan pengunjung akan bertambah menjelang dua minggu terakhir sebelum Aidilfitri.Bagi peniaga yang ditemui, Nor Sayang Mohamad, 48, berkata, dia berniaga di situ sejak setahun lepas.Dia yang menjual beraneka jenis tudung berkata, Pasar Selasa ini pada mulanya dibuka secara kecil-kecilan dengan melibatkan beberapa peniaga sahaja.Menurutnya, lama kelamaan pasar ini mula menjadi tumpuan penduduk dan orang ramai di sekitar Johor Bahru, menyebabkan peniaga mula bertambah.“Lokasi pasar yang terletak di tengah antara Johor Bahru dan Pontian menjadikan ia lokasi pilihan orang ramai yang hanya perlu memakan masa perjalanan kira-kira 20 minit dari Johor Bahru atau Pontian,” katanya.

Jualan secara borong
Bagi pengunjung, Radiah Mansor, 44, berkata, harga yang ditawarkan lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan di kedai.
Menurutnya, jualan secara borong yang dilakukan oleh peniaga dan pembeli merupakan keunikan pasar Selasa yang tidak terdapat di tempat lain.
“Dua kali sebulan, saya akan datang ke pasar ini, untuk membeli tudung dan pakaian, kerana harganya lebih murah berbanding di kedai,” katanya.
Bagi Mohd Razif Margono, 48 dari Pekan Nenas, berkata,  pasar Selasa amat sesuai dikunjungi bagi mendapatkan keperluan pakaian raya untuk anak.

No comments:

Post a Comment