PONTIAN - Golongan penjaja dan peniaga kecil di sekitar bandar Pontian melahirkan rasa kecewa apabila projek naik taraf medan selera Arked Mara masih gagal disiapkan meskipun sudah hampir dua tahun berlalu.
Kelewatan itu menyebabkan Arked Mara yang dahulunya menjadi tumpuan orang ramai kini menjadi semakin sepi.
Peniaga, Zam Hashim, 40, berkata, ketiadaan medan selera tersebut menjejaskan beberapa perniagaan lain seperti kedai gunting rambut dan kedai jahit di sekitar kawasan itu.
“Saya kesal kerana kelewatan projek itu menyebabkan kawasan dahulunya pernah menjadi lokasi popular bagi penduduk Pontian kini semakin dilupakan.
“Dahulunya, penduduk dari sekitar Benut dan Kukup akan singgah di sini sementara menunggu bas dan teksi. Malah suasana ketika itu cukup meriah,” katanya.
Justeru itu, katanya, pihak bertanggungjawab perlu mencari jalan penyelesaian bagi memastikan medan selera tersebut dapat beroperasi seperti sedia kala.
“Pihak berkenaan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor perlu melihat masalah ini supaya kerja-kerja naik taraf ini dapat disiapkan segera," katanya.
Sementara itu, Pegawai Mara daerah, Zaihusny Mat Husin ketika dihubungi memaklumkan, kerja-kerja naik taraf tersebut dijangka akan dimulakan semula pada bulan ini selepas kontraktor baharu dilantik.
Jelas Zaihusny, ibu Pejabat Mara negeri di Johor Bahru kini dalam proses membuka tender baharu.
"Hanya bahagian bumbung belum disiapkan dan kerja-kerja akan dimulakan secepat mungkin.
"Kita akan menyiapkan segera kerja-kerja naik taraf lima unit medan selera yang berkonsep lebih praktikal dan selesa itu," katanya.

No comments:
Post a Comment