Bagi mereka yang masih tercari-cari gerai makanan Pantai Timur yang asli dan enak, bolehlah berkunjung ke gerai Kak Sue yang pastinya memenuhi selera.
Biarpun sekadar gerai biasa, hidangan yang ditawarkan setanding dengan makanan yang dijual di restoran.
Antaranya termasuklah nasi kerabu, nasi dagang, laksam, cek mek molek, lompat tikam dan pelbagai lagi.
Pengunjung juga boleh memilih lauk-pauk untuk dimakan bersama nasi kerabu atau nasi dagang seperti kuah ikan tongkol, ayam goreng, daging bakar, ikan goreng salut tepung, sotong sambal, telur mata dan ikan sardin.
Menurut pemilik gerai, Suraya Abdullah, 50, makanan yang dijual dimasak menggunakan resipi turun-temurun keluarganya dari Kelantan.
“Walaupun terdapat banyak kedai masakan Pantai Timur di Kuala Lumpur, namun ada yang tidak menggunakan sepenuhnya ramuan asli.
“Saya yakin pelanggan yang pertama kali makan di gerai ini pasti akan datang untuk mencuba kelazatan makanan di sini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Harga kuih-muih serta makanan yang dijual di gerai itu ialah antara 40 sen sehingga RM8.
Gerai Kak Sue yang terletak di No.7, UP1/6, Ukay Perdana, Hulu Klang beroperasi setiap hari kecuali Isnin dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan hubungi Suraya di talian 016-380 5923.
No comments:
Post a Comment