BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, April 29, 2013

DIRI ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN


KETAGIHAN bukan terhad kepada dadah dan minuman keras sahaja. Ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Antaranya ketagihan judi, seks dan makanan.
Apa sahaja yang diambil secara berlebihan dan menimbulkan mudarat dikira sebagai ketagihan. Ini termasuk makanan segera dan minuman manis berkarbonat.
Ketagihan makanan berlaku apabila seseorang terlalu banyak memikirkan tentang makanan sahaja sepanjang hari.
Golongan ini makan bukan sekadar kerana lapar tetapi untuk membuat diri sendiri rasa lebih selesa.

Mereka terus makan walaupun perut telah menghantar isyarat kenyang.
Ketagihan makanan berbahaya seperti pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis.
Dalam keadaan teruk menyebabkan pesakit memerlukan rawatan suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.
Badan memerlukan tenaga yang mencukupi dari makanan.
Tenaga ini diperlukan untuk berfikir dan melakukan aktiviti fizikal.
Apabila makanan diambil secara berlebihan, tenaga yang diperolehi sudah tentu melebihi dari keperluan sebenar dan ini boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti.
Makanan berkolesterol tinggi boleh menyebabkan risiko serangan penyakit jantung manakala makanan bergaram pula boleh menyebabkan penyakit darah tinggi.
Tanda-tanda ketagihan makananSeseorang yang ketagihan makanan selalunya makan secara berlebihan dalam setiap hidangan.

Mereka mengambil hidangan utama sama seperti hidangan tengah hari walaupun pada waktu sarapan pagi, minum petang atau tengah malam.
Mereka sering kali merancang aktiviti makan secara besar-besaran.
Contohnya, keluar membeli makanan, minuman dan coklat dalam kuantiti yang banyak dan kemudiannya mereka boleh menghabiskan kesemua makanan dalam satu masa.
Mereka teruja apabila kekenyangan. Tetapi perasaan menyesal biasanya timbul selepas mereka memikirkan akibatnya pula ke atas diri sendiri.
Mereka takut sekiranya makanan kegemaran mereka habis di pasaran. Ini menyebabkan mereka memborong dalam kuantiti yang banyak.
Malangnya, makanan ini selalunya dibazirkan kerana mereka sebenarnya mewah dengan pelbagai makanan lain dan mereka sendiri telah terlupa dengan stok simpanan tersebut.
Ada juga yang menyorok makanan kerana tidak mahu berkongsi dan hendak mengelakkan perasaan malu sekiranya tabiat mereka diketahui oleh orang lain.
Mereka ini biasanya mempunyai tempat simpanan makanan rahsia di rumah dan tempat kerja.
Mereka obses terhadap makanan. Mereka kerap berfikir ke hadapan seperti apakah yang perlu dimakan pada waktu tengah hari nanti walhal pada waktu itu dia baru sahaja bersarapan pagi dan masih kekenyangan.

Apabila bercerita sahaja tentang makanan, sinar keriangan jelas terpancar di wajah mereka.
Golongan ini makan bukan kerana lapar. Mereka sentiasa mencari alasan untuk makan walaupun hanya untuk menggembirakan diri sendiri.
Mereka selalu dilihat makan seorang diri. Mungkin kerana malu diperli rakan-rakan.
Atau mengambil kesempatan makan terlebih dahulu dan kemudiannya makan sekali lagi buat kali kedua seolah-olah belum makan apabila rakan-rakan datang makan bersama-sama.
Mereka berbelanja banyak untuk makanan. Sama seperti ketagihan lain, keutamaan berbelanja bagi golongan ini tetap kepada makanan.
Malah ada yang 'mengumpul duit' untuk menjamu selera di restoran mewah atau memasang cita-cita menikmati santapan tertentu mengalahkan orang mengidam.
Tanda terakhir adalah obesiti. Malangnya, bukan semua penagih jenis ini gemuk. Kebanyakan pesakit anorexia misalnya dilihat kurus kering kerana mereka memuntahkan kembali makanan yang telah ditelan.

Bagaimana mengatasi masalah ini?Langkah pertama ialah kesedaran bahawa ketagihan ini telah menjadi satu masalah dan perlu dirawat sama ada merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tabiat makan tersebut atau untuk menjaga berat badan unggul.
Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat. Jangan simpan atau beli terlalu banyak makanan yang membolehkan seseorang makan diluar kawalan.
Mulakan senaman kardiovaskular untuk menggunakan simpanan tenaga yang telah banyak tersimpan di dalam badan.
Bagi mereka yang makan untuk menggembirakan diri pula, jumpa doktor untuk mengenal pasti punca permasalahan.
Jika puncanya ialah penyakit bulimia atau anorexia, rawatan ubat-ubatan dan terapi tingkah laku secara profesional boleh diberi.
Diri anda ialah apa yang dimakan. Yang penting, cuba dapatkan semula pengawalan ke atas corak pemakanan anda.

No comments:

Post a Comment