BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, April 16, 2013

HIDANGAN DI BAWAH BAYU-RESTORAN BUNGA EMAS, HOTEL ROYAL CHULAN


Chef Shaiful Hailmi bersama hidangan pilihannya.

APABILA terfikir untuk menjamu selera, pasti anda mahu memilih tempat makan yang terbaik khususnya yang menyajikan makanan lazat, layanan memuaskan, persekitaran bersih dan konsep dekorasi yang menyenangkan.
Memenuhi semua permintaan itu, Restoran Bunga Emas, Hotel Royal Chulan menjadi pilihan yang tepat.
Sambil mendengar melodi tradisional Melayu, pelanggan disajikan makanan tradisional dalam suasana eksklusif.
Restoran yang turut menyediakan tiga bilik privasi dan dua bilik bersila ini mengangkat konsep makanan mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Sup kekapis selasih (puding dan selasih), ekor sapi asam pedas, kambing bakar lada hitam dan pucuk manis lemak labu biru antara menu April ini.
Kedengaran pelik tetapi menu yang berasal dari negeri di Bawah Bayu, Sabah ini sememangnya membangkit selera.
Kebanyakan hidangan menggunakan rempah dan cili untuk memberi rasa pedas.
Menurut Chef Shaiful Hailmi, restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan tradisonal setiap negeri dan untuk April ini, mereka menyediakan hidangan dari Sabah.
"Kami menyediakan enam jenis sajian utama kepada pelanggan seperti ayam goreng cili madu rimba, udang Semporna ketumbar, ikan dua musim mempelam muda dan pucuk manis lemak labu biru.
Sabah sememangnya terkenal dengan makanan laut dan sebab itulah kami memilih udang dan ikan sebagai sajian utama.
Set ini turut dihidangkan bersama sayur-sayuran seperti hinava(salad Sabah), jelatah (acai) dan ulam-ulaman.
Lauk-pauk ini boleh dimakan bersama nasi kukus atau nasi minyak pandan," ujarnya.
Uniknya, daging kambing dan udang yang disediakan diimport khas dari New Zealand dan Sabah.
Tambah Shaiful, segala bahan yang disediakan mengikut resipi asli dan diolah sedikit.
Turut dihidangkan tiga jenis manisan mulut masakan Sabah iaitu pisang gamilan, puteri mandi dan aiskrim kacang merah.

No comments:

Post a Comment