BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, May 1, 2014

GUNA SEMULA KILANG LAMA

  • Guna semula kilang lamaKilang nanas di Pekan Nenas yang tidak lagi beroperasi sejak enam tahun lalu.
 1 / 1 
PONTIAN - Pekan Nenas yang pernah menjadi pengeluar utama produk berasaskan nanas sekitar tahun 1970an perlu dibangunkan semula, agar dapat menjadi destinasi pelancongan di negeri ini.

Adun Kukup, Suhaimi Salleh menyarankan, agar satu-satunya kilang nenas yang masih utuh di Pekan Nenas dijadikan pusat maklumat proses pembuatan produk nanas yang pernah dihasilkan di situ.

Jelasnya, kilang nanas yang dibuka tahun 1964 pernah menjadi tumpuan penduduk setempat mencari rezeki, tidak lagi beroperasi sejak enam tahun lalu.

“Kedudukan bangunan itu strategik di tengah kawasan tumpuan penduduk dan rugi sekiranya ia terus dibiarkan kosong.

“Kerajaan negeri perlu mengambil alih pengurusan dan tapak kilang tersebut kerana nilai sejarah yang dimiliki di mana jentera, mesin dan peralatan lama masih disimpan di situ,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Dana Peladang Kebangsaan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Timur, semalam.

Menurutnya, selain dijadikan pusat maklumat, kilang berkenaan juga boleh menjadi pusat jualan produk tempatan seperti tat nanas dan kerepek.

“Selain menjana sektor pelancongan, kilang yang bakal dimajukan kelak dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Malah golongan peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) turut menerima manfaat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PPK Pontian Timur, Selamat Othman berkata, kilang tersebut memberi banyak kenangan kepada penduduk Pekan Nenas kerana rata-rata mereka pernah bekerja di situ.

Beliau yang pernah menjadi pengurus kilang di situ selama 31 tahun bermula 1977 berharap agar kerajaan negeri membantu usaha menjadikan kilang itu sebagai destinasi pelancongan.

Jelasnya, bangunan itu sesuai dijadikan pusat jualan produk di daerah ini kerana belum ada tempat seperti itu.

“Pekan Nenas mempunyai banyak jajaran kawasan tanah gambut yang sesuai untuk penanaman nanas.
“Justeru itu, ia sesuai dibangunkan sebagai destinasi agro pelancongan berasaskan nanas,” katanya.

No comments:

Post a Comment