BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, May 11, 2014

SMOOTHIE LANCARKAN PENCERNAAN

Rasanya sedikit lemak, namun tekstur smoothie cleanse epal dan kismis ini terasa ringan serta enak dinikmati begitu saja. Ia juga banyak khasiat tersembunyi untuk membantu melancarkan fungsi pencernaan.
Menurut Indra Balaratnam, minuman smoothie berkenaan bukan hanya lengkap dengan khasiat semula jadi, malah berfungsi sebagai agen pembersih dalaman bahagian perut. 
“Di dalam smoothie ini, ditambah yogurt, epal segar, serbuk oat dan kismis, setiap satu mempunyai khasiat yang baik untuk dalaman perut. 

“Bagi menjadikan ia sebagai minuman sihat, gunakan yogurt tanpa lemak. Penggunaan yogurt dalam minuman bertujuan untuk membantu melancarkan sistem pencernaan.
Epal segar dan jus tanpa gula menjadikan minuman smoothie bertambah enak,” katanya.
Epal kaya dengan serat boleh larut dinamakan pectin yang menjadi sumber prebiotik. Ia menjadi makanan bakteria baik bagi mengekalkannya hidup di dalam usus kecil. 
Minuman yang membersihkan bahagian dalam perut itu juga boleh membantu meningkatkan kehadiran bakteria baik bagi melancarkan proses pencernaan. 
Tambahan serbuk oat bran ke dalam smoothie sebagai cara mudah membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. 
Menurut kajian Christine D Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat, kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi. 

Serat yang tinggi dalam kismis sangat bermanfaat untuk fungsi sistem pencernaan yang lancar. 
Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10 gram serat yang boleh membantu untuk membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air. 
Ujar Indra, penggunaan kismis dalam smoothie sudah cukup untuk memberi rasa manis secara semula jadi berbanding menggunakan bahan pemanis lain seperti gula. 

Bahan: 

1 cawan yogurt (tanpa lemak) 
1 cawan jus epal (tanpa gula) 
1 biji epal 
2 sudu besar serbuk oat bran 
2 sudu besar kismis

No comments:

Post a Comment