Restoran milik Serina Redzuawan anak chef selebriti Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan memang minat dengan char koay teow Penang. Dulu jika rindu atau setiap kali teringin menjamah char koay teow, Serina akan ke Pulau Pinang tetapi kini restorannya menjadi tempatnya melepas rindu.
Lebih menarik, Serina mengambil semua bahan 'rahsia' dari Pulau Pinang bagi memberikan rasa yang saling tidak tumpah bagaikan di Pulau Mutiara itu.
"Saya memang gemar char koay teow dan setiap kali teringin saya akan turun ke sana. Jadi apa salahnya saya bawa bahan 'rahsianya ke sini," katanya semasa ditemui di restorannya di Kota Damansara.
Restoran yang dibuka hampir setahun lalu beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada peminat serta rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya.
Bermula dengan hanya beberapa menu, kini dengan maklum balas dan sokongan peminat dan pelanggan, Serina telah mempelbagaikan menunya dengan bermacam-macam jenis seperti nasi goreng, sate, otak-otak, murtabak, karipap, pau dan menu terbaru - ais krim goreng dan crepe durian.
Selain itu pelanggan boleh memilih minuman panas, sejuk serta jus buah-buahan mengikut selera masing-masing.
"Bagi minuman, saya sukakan minuman yang biasa supaya pelanggan tidak susah untuk menyebutnya," katanya.
Restoran bertemakan warna merah jambu ceria ini boleh memuatkan kira-kira 300 pelanggan turut sedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis acara dan katering.
Serina mengalu-alukan peminat untuk datang menjamu selera sambil bersantai dengan rakan artis lain.
No comments:
Post a Comment