BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, May 24, 2014

HALALKAH MAKANAN KITA ?

Tajuk: Halalkah Makanan Kita?
Penulis: Dr. Saadan Man dan Zainal Abidin Yahya
Penerbit: PTS Sdn. Bhd.
Harga: RM20
Halaman: 260 muka surat

PERSOALAN halal haram adalah perkara yang asas dalam Islam dan mencari yang halal itu adalah fardu bagi setiap Muslim, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. (al-Baqarah: 168)
Justeru, timbullah persoalan iaitu apakah makanan yang terbaik atau mengapakah agama Islam mewajibkan umatnya supaya mencari yang halal atau apakah konsep halal dan haram menurut perspektif Islam?
Islam menegaskan bahawa tujuan pengambilan makanan bukan sahaja untuk kepentingan fisiologi tetapi apa yang lebih utama adalah bagi mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana makanan dan minuman halal adalah perintah Allah SWT yang bertujuan mengekalkan kesempurnaan kejadian manusia itu sendiri.
Kemunculan buku, Halalkah Makanan Kita? adalah tepat pada masanya dan boleh memberikan jawapan kepada persoalan halal dan haram, khususnya dalam isu pemakanan.
Malah, buku itu juga dapat memenuhi ruang kosong dalam disiplin pemakanan halal kerana sumber rujukan yang berupa karya ilmiah tentang isu tersebut begitu kurang di negara ini.
Buku dengan tawaran harga RM20 senaskhah itu mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan dan undang-undang.
Malah, ia juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul.
Untuk membeli atau bertanya secara lebih lanjut mengenai buku itu, para pembaca boleh menghubungi terus penerbitnya di talian 03-6188 0316.

No comments:

Post a Comment