BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, July 16, 2012

JELI NIRA KELAPA


Fadila Ismail menunjukkan jeli nira kelapa yang diusahakannya di Kampung Batu Putih, Marang, semalam

MARANG 13 Julai - Ketika graduan lain sibuk mencari peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta selepas menggenggam segulung ijazah dan diploma, Fadila Ismail, 21, bagaimanapun tidak mempedulikan perkara itu.
Graduan Diploma Pengurusan Ladang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sebaliknya mencabar keupayaan dirinya dalam lapangan keusahawanan.
Dia memulakan suatu yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang sejak dua bulan lalu apabila mengusahakan jeli nira kelapa dalam kebun milik ayahnya di Kampung Batu Putih, Batangan, dekat sini.
Menyifatkan usahanya sebagai sekadar 'eksperimentasi' dengan skala kecil, namun dalam tempoh itu, Fadila sudah berjaya menjual lebih 3,000 jeli nira kelapa.
Menurut Fadila, dia menceburi bidang perusahaan pembuatan jeli nira kelapa bagi menghasilkan kelainan melalui sumber-sumber segar yang terdapat di kawasan sekitar.
"Kira-kira dua bulan lalu, selepas saya tamat belajar, saya mengikuti kursus membuat jeli kelapa anjuran Jabatan Pertanian Daerah Marang, namun selepas kursus itu tamat saya rasa telah banyak jeli kelapa di pasaran.
"Saya terfikir untuk cuba membuat jeli nira pula kerana rasanya yang lebih unik serta manis dan pasti akan mendapat tempat di hati penggemar air nira untuk mencubanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Tambahnya, keunikan rasa nira kelapa yang sangat manis berbeza dengan rasa nira nipah yang agak masam memberi tarikan kepada orang ramai.
"Buat masa ini, saya mendapat bekalan air nira kelapa dari kebun bapa yang juga pengusaha kelapa pandan di Kampung Batu Putih, Batangan dekat sini, dan setiap bulan saya perlu menghasilkan kira-kira 1,500 bekas jeli," katanya.

No comments:

Post a Comment