BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, July 15, 2012

NAKHODA MALAYA STEAMBOAT

DUA sahabat karib (kiri), Ahmad Azam dan Amal Faiz yang mengusahakan stimbot ala santai Melayu, Nakhoda Malaya.

SELALUNYA stimbot direbus dalam sup ayam atau tomyam, namun di Nakhoda Malaya, restoran stim bot yang terletak di NeoCyber, Cyberjaya, ini menambah satu lagi sup iaitu asam pedas.
Justeru peminat tegar asam pedas dan stimbot harus mencuba sendiri hidangan kreatif ini.
Pemiliknya, dua sahabat berkelulusan dari Universiti Multimedia (MMU), Amal Faiz Baharudin, 26, dan Ahmad Azam Ab Rashid, 27, yang masing-masing merupakan peminat tegar stim bot.
"Kami berkawan sejak dari universiti dan memang sangat suka makan stim bot.
"Pendek kata semua restoran stim bot yang ada di Malaysia, termasuk yang datang dari Korea semua kami dah rasa.
"Malah sebelum membuka Nakhoda Malaya ini kami mengambil masa selama setahun semata-mata untuk melakukan R&D (penyelidikan dan pembangunan) sup dan sos. Setelah mengenalpasti jenis stimbot dan sup serta sos yang sedap maka barulah kami membuka restoran ini kepada umum.
"Istimewanya stimbot di Nakhoda Malaya ialah sup asam pedas yang resepinya turun temurun dari Kedah, cuma kami cairkan sedikit supaya sesuai dengan konsep stim bot itu sendiri," jelas Amal Faiz yang ditemui di majlis cuba rasa di premisnya baru-baru ini.
Sejak dibuka pada Disember 2011, Nakhoda Malaya telah mendapat kunjungan pelanggan bukan saja dari kawasan sekitar Cyberjaya, malah dari seluruh Malaysia.
"Kami juga mengambil konsep santai ala Melayu di sini manakala menu stimbot kami ada lebih dari 100 pilihan dan pelanggan boleh menikmatinya dengan nasi. Selain merebus dalam sup, pelanggan juga boleh panggang sendiri lauk yang mereka pilih.
"Set di sini juga serendah RM9.90 termasuk air. Harga ini cukup berpatutan dan pasti mengenyangkan," katanya.

No comments:

Post a Comment