BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, July 15, 2012

FISH & CHIPS ALA MALAYSIA


FISH and chips merupakan makanan popular di England. Dahulu di Barat fish and chipsyang telah siap dipesan akan dibungkus dalam kertas putih atau surat khabar.
Namun cara lama itu telah diubah kepada cara yang lebih bersih dan selamat untuk kesihatan dengan menyajikan dalam kertas putih .
Kertas suratkhabar akan menyebabkan pencemaran silang kerana dakwat yang dicetak mungkin boleh menimbulkan keracunan makanan kepada yang memakannya.
Versi fish and chips yang biasa kita nikmati di Malaysia kebanyakannya mengggunakan serbuk roti atau lebih dikenali dengan breadcrumbs.
Bagaimanapun, tahukah anda bahawa resipi asli membuat fish and chips adalah menggunakan adunan tepung sadur (batter)
Kepingan isi ikan yang dipanggil fillet iaitu kepingan ikan tanpa tulang akan dicelup dalam adunan tepung tadi dan kemudian digoreng dalam minyak yang terendam.
Fish and chips sebenarnya berasal dari England dan ia dihidangkan bersama kentang goreng, sos tartar dan potongan buah lemon yang dapat mengurangkan rasa dan bau hanyir ikan ketika dinikmati.
Pada tahun 1860, gerai fish and chips yang pertama telah dibuka di London oleh Joseph Malin.
Membuat tepung sadur untuk menggoreng ikan adalah mudah dengan mencampurkan tepung dengan air dan ia dicampurkan dengan sedikit bikarbonat soda (baking soda) dan sedikit cuka.
Baking soda dan cuka akan meringankan adunan tepung tersebut. Tindak balas serbuk soda dan cuka akan menghasilkan buih-buih yang dapat meringankan adunan tepung.
Jangan terkejut jika saya katakan bahawa jika di Barat, ada juga resipi tepung sadur yang diadun itu dicampurkan dengan bir bagi menggantikan air dan susu.
Jadi kepada mereka yang beragama Islam jika ke luar negara anda perlu berhati-hati jika ingin menikmati fish and chips kerana dikhuatiri adunan tepung sadurnya ada dicampurkan dengan bir.
Bagi masyarakat Barat resipi asli perlu dicampurkan dalam adunan tepung sadur. Karbon dioksida dalam bir dapat meringankan adunan tepung sadur jadi ia akan menjadi lebih rangup selepas digoreng.
Selain itu penggunaan bir juga dapat memberikan warna oren-perang pada gorengan dan rasa sedikit lain. Ikan laut berisi putih menjadi pilihan untuk membuat fish and chips.
Jika di England dan Ireland ikan yang biasa digunakan adalah ikan Cod dan Haddocktetapi anda boleh menggunakan ikan isi putih seperti ikan siakap atau ikan merah yang mudah didapati di sini.
Baiklah kali ini saya akan berkongsi cara bagaimana anda dapat menyediakan fish and chips tetapi pada minggu ini saya telah memberikan sedikit perubahan di mana saya menambahkan serbuk kari dalam bahan perapannya.
Dalam resipi ini juga saya akan menukar menggunakan adunan tepung sadur dengan menggantikan dengan serbuk roti yang boleh anda beli di pasar raya besar yang berhampiran.
Jika anda tidak tahu bagaimana ingin memotong ikan menjadi fillet apa kata anda serahkan kepada yang pakar seperti pekerja di bahagian yang menjual ikan untuk memotongnya untuk anda.
Anda juga boleh membeli fillet ikan di bahagian dingin beku yang dijual dalam bentukfrozen tetapi saya galakkan anda menggunakan fillet ikan yang segar kerana rasanya lebih manis daripada ikan fillet yang telah lama dibekukan.
Mula-mula anda perlu menyediakan tiga bekas seperti mangkuk kali ini anda perlu membuat proses menyalut ikan fillet itu. Letakkan tepung, telur dan serbuk roti dalam setiap mangkuk yang disediakan.
Proses ini kita panggil breading procedure. Prosedur ini dimulakan dengan mencelup ikan dalam bekas yang berisi tepung, kemudian fillet itu dicelupkan dalam bekas lain yang mengandungi telur yang telah saya campurkan dengan serbuk kari.
Jika anda tidak sukakan kari anda boleh memilih untuk tidak meletakkannya. Dan akhir sekali lumurkan atau salutkan ikan itu dengan serbuk roti yang telah anda sediakan dalam bekas yang lain. Anda perlu menggoreng ikan itu dalam minyak tenggelam sehingga kekuningan.
Gorengkan juga kentang goreng sehingga garing dan keperangan untuk disajikan bersama fish and chips anda. Jangan lupa untuk menghidangkannya bersama tartar sos yang juga boleh anda beli dan potongan lemon. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment